Tuesday 29 May 2012

Thursday 29 March 2012

                                 #  iLmU LeBiH bAiK dARiPaDa HarTa #


assalamualaikum.. kalau kita tengok dunia sekarang,kebanyakan manusia sibuk mengejar dunia hingga kadang-kadang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim..

3 hari lepas,saya bersua dengan seorang sahabat.. berbincang itu dan ini,mempersoalkan kepentingan harta dan ilmu(pelajaran).perbincangan kami tak menemui jalan penyelesaian sebab dia kata "ilmu penting,dan harta pun penting untuk teruskan hidup di dunia ni" dan saya cuma mampu membalas "yup,cuma yang lainnya,harta takkan kekal melainkan kita gunakan ke arah yang betul".. dan masing-masing diam,mengangguk,dan dalam otak sibuk berfikir..

dan ini yang saya temui.. credit to FARIQUE
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.
sedikit tambahan dari saya

memang kita memerlukan harta dalam menjalani kehidupan ni,tapi jika dibekalkan juga dengan ilmu,manusia mampu membuat perkiraan tentsng yang mana lebih penting. wallahualam..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTi952mR7JFigEnKB6jatV-8HJt9jYZatPTqyAibqzn_zeMROXV6F6pPIg49K74QUj-k1A5BIaWl1j_x0fhRiAcqrMSmTEkkHoSRVRZ0DSobMWVJ6-iaLJuyFR3L82r8bPbe_xY3RsJY8/s1600/boy-kisses-Koran.jpg
"Yang penting ikhlas,kemudian biarlah apa yang akan terjadi.
ikutilah Al-Quran dan jangan kamu diikuti oleh Al-Quran."
(Abu Musa Al-Asyari)

Friday 16 March 2012


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
koleksi kata hikmat motivasi
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum yang sempat saya kumpulkan. Selain ini, saya juga ada menyenaraikan 15 kata-kata semangat belajar khusus untuk mereka yang sedang tercari-cari kekuatan bagi memotivasikan diri supaya terus belajar.
Nota* Saya ada menulis sebuah artikel lain yang menyentuh bagaimana cara meningkatkan motivasi diri dengan 5 tips mudah. Mungkin anda berminat mengetahuinya.. icon smile
P/s Inginkan motivasi diri ‘advance’ untuk berjaya? Baca di sini..
Kami alu-alukan komen anda di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com 

Saturday 10 March 2012

alhamdulillah

assalamualaikum kawan2 semua.................
alhamdulillah..sudah sekian lama aq mencuba membuat blog akhirnya tercipta juga blog aq..time kasih kawan2ku semua y telah bg tnjuk ajar er..semoga allah merahmatimu sahabat..